Kolej Mawar, UiTM Shah Alam
Kolej Mawar, UiTM Shah Alam
Hey what's up adik-adik..
Hey what's up adik-adik..
Saya nak ucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang telah berjaya menempatkan diri di Universiti pilihan masing-masing.
And kepada adik-adik yang berjaya mendapat UiTM, TAHNIAH sekali lagi saya ucapkan.
Tambahan lagi, yang dapat UiTM Shah Alam tu haa WELCOME lah,,
The reason why I'm writing this post is because I know, once u guys dah dapat tahu yang u guys dapat which university, which course. Of course tidak lain dan tidak bukan benda pertama yang u guys akan buat adalah men'google' universiti tersebut dan nak tahu apa bestnya apa tak bestnya dengan universiti yang adik-adik akan hadap selama 3 tahun or lebih untuk degree.
Same as me, once I check my UPU result then BOOM UiTM, and then waited for a few days to got surat tawaran to know, which campus i got, then BOOM Shah Alam, and then BOOM Kolej Mawar i straight up take my phone and google it. Sadly, tak banyak penulisan that I can read to enlightened me about what and how Kolej Mawar is, a place to spend my freshman year. So enough with the blabbering I just wanna share my experience on my hari pertama mendaftar as a student at kolej mawar intake september 2018.
Since semua new intake for degree except for LAW students, akan menetap di situ untuk satu sem, so boleh bayangkan betapa banyaknya manusia dekat situ since awal pagi. Dengan parentsnya, abang adik mak cik pak cik dan anak-anak sedara, MasyaAllah. But relax everything seems under controlled. So I arrived like pukul 9 pagi, at that time nak masuk Gate 1 tu pun dah jam. Tapi masa first time sampai UiTM tu macam WOW. Hahaha. Belum apa-apa dah naik bukit turun bukit, memang berbukit-bukit.
Ok dipendekkan cerita sebab panjang lagi ni, pusing-pusing dalam tu sebab nak cari Kolej Mawar lepastu ikut Waze tak boleh sebab banyak jalan kena tutup. So my dad ask one of the Polis Bantuan and he told us that we can park there while tunjuk somewhere. SO after parking, barang semua tak bawak lagi sebab tak ketahuan lagi mana kolejnya. Just bawak dokumen yang perlu untuk mendaftar ja. Tempat kitorang parking tu macam kolej jugak tapi tak ada orang. So we follow other people, jalan jalan sikit and then jumpa banner Kolej Mawar.
Ok enough with the blabbering again. Bila masuk dekat kawasan Kolej Mawar tu baru nampak manusia-manusia yang ramai. Ada la beberapa canopy dan kerusi berserta kipas besaq yang bunyi bising itu. Tapi still la tak cukup untuk menampung keramaian manusia pada hari itu. And then, i walked with my parent to the dewan which is called Dewan Mawar Qaseh. My Gosh dia punya beratoq hmmm dah berkona-kona macam ular. I thought I was early but apparently not. So my parents left me to beratur while they pergi duduk somewhere.
Actually the night before dah janji dengan kawan nak beratur sekali. Mana la tahu dapat bilik dekat-dekat kan. Tapi tengok-tengok diorang pon tak sampai lagi. After like 20 minutes beratur, my friend called me cakap dia dah sampai so I let her stand in front of me. Hahaha jahat kan tapi nak buat macam mana takut lonely punya pasal, nak MDS dah la lama. My introvert me sooo cannot . And then sorang lagi sampai so we beratur 3 orang. Ok tak ingatlah beratur berapa lama tapi nak dekat 30 minit jugak la.. akhirnya dah sampai dekat pintu dewan tu. I repeat, pintu dewan, belum masuk dewan lagi. Bila dah masuk tu ingat dah nak sampai rupa-rupanya jauh lagi nak sampai ke meja daftar tu. Sabaq ja lah. But luckily dalam dewan to ber aircond so selesa lah sikit. So selepas sedikit kesabaran lagi sampailah giliran saya untuk mendaftar. I gave them the documents needed then I got the key! Huh penat betul. And luckily my 2 friend got same bilik with me. YEAY we are roommates! Yes kalau beratur sekali chances nak duduk sekali sangat tinggi sebab dia bagi kunci tu ikut turutan so nasib jugakla maybe your friend terlepas bilik sebelah. So i got BLOK 1B which is ada 4 level. I got level 2 and 1 BILIK untuk 4 ORANG.
So kolej mawar ada 4 blok, 1A, 1B, 2A dan 2B. For Blok A, semua bilik untuk 4 orang. And Blok B ada 9 tingkat and saetiap bilik untuk 2 orang. So then, lepas dapat kunci I terus cari my parents untuk angkat-angkat barang. Actually we parked kinda far from the kolej, siap ada kena naik tangga lagi. Nasib baik ada bawak adik-adik yang sado untuk mengangkat barang-barang. So one tip, bawaklah ramai-ramai sikit yang boleh tolong bawak barang-barang. Blok A tu dah lah x ada lif, yang dapat tingkat 4 tu tak tahulah macam mana nak mengangkatnya. Goodluck lah. Blok B got lif so don't worry ya lah sapa nak panjat tangga sampai tingkat 9.
OK sambung... lepas dah angkat barang-barang masuk dalam bilik.. kemas-kemas barang pasang cadar sarung bantal semua letak barang dekat almari. Almari or as known as locker dia tinggi gila hahah. Yang blok A semua locker besi ya tuan puan.
Lepas dah kemas sikit-sikit tu, I dah give up. Ya lah dengan tak ikhlasnya nak duduk jauh dari family setelah beberapa bulan menganggur di rumah macam badak air. No! I am not ready! nak nangis.
Lepas dah kemas barang sikit-sikit my dad ajak pergi beli lah barang apa-apa lagi nak beli so we went to The Store dekat Plaza Alam Sentral. Yeah dekat ja dengan UiTM. At that time, we don't know ada Giant Seksyen 7 yang lagi dekat.
Lepas itu, lunch, and after that.. huaa the saddest part, dah kena hantar balik kolej balik. Yah, nak dipendekkan cerita everything berlalu dengan sangat pantas. Sedar-sedar dah kena tinggal sendirian. My family pon dah balik. So terkelip-kelip lah dekat bilik tu sementara tunggu akak-akak faci panggil for MDS that petang.
OK Sekian leteran dan pengalaman untuk hari pertama mendaftar di Kolej Mawar.
Sebenarnya, para-para pendaftar boleh parking di padang kawad. And then, ada bas yang disediakan oleh pihak universiti untuk membawa anda dan keluarga ke kolej mawar. Tapi yelah time tu macam blur tak tahu nak buat apa so terus pergi kolej mawar. And kalau naik bas tu nak kena hangkut beg, luggage, baldi, bantal semua nak naik bas macam susah jugak. Tapi kereta pon tak boleh parking dekat dalam kolej mawar sebab jalan dia dah kena tutup untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. It turned out we parked at kolej teratai which is just belakang kolej mawar.
OK. Thats all, kalau ada apa-apa soalan boleh tanya dekat komen. Goodluck guys. Nak cerita pasal MDS tapi mcm tak ingat sangat details dia, ya lah dah setahun berlalu.
The rest of it semoga you guys boleh explore sendiri. Tak susah pon. Macam bas tu, bila nak pergi fakulti kena tengok jugak nak naik bas apa, salah naik bas naya tak pergi kelas dah tengok-tengok dah sampai family mart hahahah (based on true story ><). Belajarlah dari kesilapan, macam saya awal2 dulu pernah lah kena sound sebab salah naik bas, Fuh rileks la abang bas kami budak baru belajar.
Anyways.. goodluck and be excited for your degree life. P/S: sedarlah diri dah tua jangan menyusahkan orang, group assignment buat jangan nak lepas tangan.
Let's Girit!
kalau yg dapat kolej 2A/2B tu mostly yg datang kemudian ke? tq ^^
ReplyDelete